Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Wednesday, 13 April 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2011
Tarikh : 1 & 8 Mac 2011
Hari : Selasa
Kelas : 4 Ibnu Sina
Bilangan Pelajar : 35 Orang
Tempoh Masa : 45 Minit ( 9.00 Pagi- 9.45 Pagi & 11.20 Pagi- 12.05 Tengah Hari )
Mata Pelajaran : Bahasa Arab Tinggi
Tajuk : Kinayah
Kemahiran : Membaca,menulis dan bercakapHasil pembelajaran :-
1) Memahami konsep kinayah dalam bahasa Arab dan jenis- jenis kinayah yang terlibat.
2) Pelajar dapat mengeluarkan jenis- jenis kinayah yang berbeza dalam teks bahasa Arab berbanding bahasa Melayu dan menulis jenis-jenis kinayah yang berbeza dalam karangan mereka.
3) Pelajar dapat menentukan bentuk- bentuk ayat yang mengandungi jenis- jenis kinayah yang betul dan dapat membetulkan kesalahan itu.
Langkah/ Masa | Kandungan | Aktiviti | Alat bantu mengajar |
Pendahuluan ( 5 Minit ) | Memberi salam dan bacaan doa | - Guru memberi salam - Pelajar menjawab salam - Pelajar membaca doa | - |
Set Induksi ( Simulasi ) (10 Minit) | Guru menayangkan beberapa contoh ayat kinayah | Pelajar memerhati video yang ditayangkan guru | Komputer dan LCD |
Sesi Pengajaran ( 25 Minit ) | - Guru mengaitkan antara tajuk dengan video yang ditayangkan. - Guru memaklumkan tajuk pengajaran kepada pelajar - Guru menjelaskan definisi kinayah secara khusus. | - Guru membahagikan pelajar kepada 7 kumpulan - Guru meminta pelajar berbincang sesama ahli tentang kinayah dan membuat contoh ayat kinayah. - Guru meminta setiap kumpulan membuat perbentangan di hadapan kelas | Buku teks Papan Putih Kertas Pen |
Refleksi ( Penutup) ( 5 Minit ) | - Pelajar dapat memahami maksud kinayah dengan baik - Pelajar mampu membezakan contoh- contoh dan ayat- ayat kinayah | - Guru membuat kesimpulan keseluruhan pembelajaran yang berlaku. |
Langkah/masa | Kandungan | Aktiviti | Alat Bantuan Mengajar |
Pendahuluan ( 5 Minit ) | Memberi salam dan membaca doa | - Guru memberi salam - Pelajar menjawab salam - Pelajar membaca doa | - |
Set Induksi ( Simulasi ) ( 10 Minit ) | Guru meminta para pelajar menyenaraikan semua jenis- jenis kinayah. | Pelajar menyenaraikan jenis- jenis kinayah yang diminta guru. | Kertas dan pen. |
Sesi pengajaran ( 25 Minit ) | - Guru menjelaskan tajuk dengan aktiviti yang telah dilakukan pelajar. - Guru menerangkan jenis- jenis kinayah. - Guru menerangkan cara- cara mengenalpasti ayat kinayah dan majaz. | - Guru meminta pelajar memberi contoh selain daripada ayat yang terdapat dalam buku. - Guru membahagikan pelajar dalam kumpulan. - Pelajar diminta melakar peta minda mengenai tajuk yang telah dipelajari dalam kumpulan. - Guru meminta setiap kumpulan membentangkan peta minda tersebut pada minggu hadapan. | - Gambar rajah. - Buku Teks - Papan Hitam |
Refleksi ( Penutup ) ( 5 Minit ) | -Pelajar dapat mengetahui jenis- jenis (pembahagian) kinayah dan hubungan- hubungannya. - pelajar dapat membezakan penggunaan setiap jenis- jenis kinayah. - Pelajar dapat membezakan kinayah dengan majaz. - Pelajar dapat mempelajari cara membina ayat berdasarkan penggunaan kinayah. | - Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)